Selasa, 20 Mac 2012

Terorisme

               Terorisme (pengganasan) ialah manipulasi ketakutan secara sistematik terutamanya sebagai cara paksaan. Tiada satu takrifan terorisme yang disetujui sejagat. Kebanyakan definisi terorisme yang utama termasuk tindakan-tindakan yang berniat menimbulkan ketakutan, dilakukan demi mencapai matlamat ideologi, dan sengaja menyasarkan atau mengabaikan keselamatan orang bukan penempur.

                Sesetengah definisi pengganasan termasuk tindakan-tindakan mengganas dan berperang yang melampaui batas undang-undang. Sejarah konflik-konflik sedemikian menunjukkan bahawa tanpa kira apa pendirian atau betapa melampaunya, pertubuhan-pertubuhan tidak memilih “terorisme” demi keberkesanan politik; oleh itu, pengganasan juga boleh dilihat sebagai satu bentuk peperangan luar biasa atau perang psikologi. Perkataan “keganasan” atau “terorisme” ini banyak berisi erti politik dan emosi dan sebab inilah begitu susah untuk mencari definisi terorisme yang terpeinci. Satu kajian yang dijalankan Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1998 mendapati lebih 100 definisi perkataan “terorisme” pernah dipakai. Seorang pengamal terorisme dipanggil pengganas.konsep pengganasan itu agak koteroversi kerana sering digunakan oleh kerajaan-kerajaan untuk mengharamkan lawan-lawan politiknya, sekaligus menghalalkan keganasan kerajaan sendiri terhadap lawan-lawan tersebut.

                Pengganasan dijadikan alat untuk mencapai matlamat oleh pelbagai pertubuhan politik; parti politik di kedua-dua haluan kanan dan kiri, serta pertubuhan-pertubuhan nasionalis, keagamaan, revolusioner dan juga pemerintah. Kewujudan penindak bukan negara dalam konflik bersenjata berleluasa juga menimbulkan pertikaian mengenai aplikasi undang-undang peperangan.

                Meskipun tindakan pengganasan merupakan perbuatan jenayah separti yang ditetapkan Resolusi 1373 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dan perundangan tempatan hampir semua  negara di dunia, namun pengganasan memaksudkan fenomena yang merangkumi perbuatan pengganasan itu, orang yang melakukan pengganasan itu sendiri dan tujuan mereka melakukannya. Oleh itu, wujudnya pertikaian mengenai definisi terorisme.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...