Sabtu, 24 Mac 2012

DEFINISI TAMADUN ISLAM


DEFINISI MELALUI  BAHASA:

♥ Bahasa Arab 
   1. badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah–randah di pedalaman yang jauh daripada               kemajuan,serta lebih banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup
   2. Umran adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa
 3. Hadarat membawa erti ‘suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami’
   4. maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).

♥ Bahasa Inggeris
     1. civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti ‘bandar’.

  ♥ Bahasa Melayu
1.      peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lainlain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup orang-orang ( negara, kawasan, atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus). Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 1994. Kuala Lumpur:DBP.
   2. kebudayaan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitandengan budi dan akal manusia 
     
DEFINISI TAMADUN MENGIKUT :

PERSPEKTIF ISLAM

Ibn Khaldun
Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al – umran dan al – hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat  atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

Abu Nasir al – Farabi
Telah memperkenalkan istilah al – madaniah dalam abad ke – 11 Masihi dalam kitabnya as – Siyasah al – Madaniah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh Rasuulah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak. 


PERSPEKTIF BARAT 

 E.B Taylor
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek – aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai – nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.


 Arnold Toynbee
Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan – bahan ekonomi, system politik, pengetahuan dan seni.


J.K Fiebleman
Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.
Sifat dan ciri-ciri tamadun
Pada tahap paling minimum, kandungan tamadun sekurang-kurangnya terdiri daripada 6 ciri asas iaitu:

a) mempunyai kehidupan dibandar
b) mempunyai pemerintahan dan kerajaan
c) mempunyai bahasa dan tulisan
d) mempunyai sistem perundangan
e) mempunyai agama dan sistem kepercayaan
f) mempunyai pengkhususan dalam pekerjaan

 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Amalan beragama, pembandaran, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan penulisan.
Edward L. Farmer berpendapat ciri-ciri tamadun iaitu:
revolusi pertanian, penempatan kekal, stratifikasi sosial, amalan beragama, urbanisasi, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan pengenalan sistem tulisan.

M.A.J. Beg berpendapat ciri-ciri tamadun ialah adanya:

  •  Penyebaran teknologi pertanian
  • Penternakan yang mengubah tradisi kehidupan nomad
  •  Revolusi dalam perbandaran yang menekankan aspek 
  • kemunculan bandar dan negeri,
  • Hubungan sosial yang baik.
  • Kewujudan sistem pengairan.
  • Teknologi tembaga dan besi
  • Sistem penulisan.

 Ibnu Khaldun berpendapat bahawa ciri tamadun  ialah kehidupan bandar yang merangkumi :


  • Agama yang lebih tinggi
  • Sistem perundangan yang teratur
  • Sistem negara yang teratur.
  • Sistem tulisan yang mantap.
  • Bentuk seni yang jelas.
  Jurzi Zaydan pula mengatakan ciri-ciri tamadun ialah:


  • memberi perhatian  kepada pemerintahan Islam termasuklah sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam, susun lapis masyarakat sosial yang teratur rapi. perkembangan ilmu sains dan pendidikan yang tinggi. bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam yang halus. Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam. Bandar-bandar Islam ini telah mengembangkan Islam dan ada ikatan dengan kemantapan ekonomi.
PERINSIP ASAS FALSAFAH TAMADUN ISLAM

Terbuka dan rasional 
 -menerima pembaharuan adalah adil dalam konteks sikap keterbukaan islam.
 -Pra-syarat kepada tersebarnya tamdun pada peringkat pertama.
 -Menerima idea daripada tamadaun lain tetapi melalui proses penapisan dahulu bagi memastikan tiada pertentangan dengan ajaran islam. Contohnya;-bidang perubatan dimulakan oleh tamadun Mesopotamia dan Mesir tetapi dikembangkan oleh tamadun islam dan India.

~Tujuannya;mengelakkan pandangan sempit terhadap imej islam.

Rasional – tidak melibatkan hukum-hukum yang bersifat mutlak(guna konsep musyawarah dan perbincangan). Contohnya;solat-semua manusia mampu melakukannya karana caranya tidak membebankan kita. Syumul – islam adalah menyeluruh atau menyempurnakan keperluan-keperluan  hidup manusia bagi memudahkan lagi urusan harian. Contohnya;makan minum,pakaian,politik,perkahwinan,berniaga dll.  Satu dasar yang seimbang dengan sifat semulajadi manusia.Dasar yang seimbang inilah kebolehan dan    keistimewaan yang dimiliki oleh manusia perlu diiktiraf. Keinginan manusia yang universal untuk hidup dalam suasana harmoni,menyebabkan   secara tidak langsung tamadun lain yang mempunyai cita-cita yang sama merasa terpanggil untuk memberi sokongan kepada sesama mereka dalam suasana tertentu.

Kesemua ciri berpaksikan kepada ciri-ciri : 

  • Rabbaniyyah(ketuhanan),
  • Insaniyyah(kemanusiaan),
  • Dunyawiyyah(keduniaan) 
  • Syumuliyyah(keseluruhan)
  • 20 Kegemilangan Tamadun Islam

Tahap perkembangan Tamadun Islam

ZAMAN RASULLULAH S.A.W

•Baginda berjuang dengan sungguh-sungguh, berdakwah untuk  mengajak manusia kepada Islam dengan dakwah fikiyyah, dakwah siyasiyyah dan dakwah askariyyah.

•(intelektual)  baginda memulai dakwahnya dengan menyebarkan aqidah, pandangan hidup, pemikiran dan pemahaman Islam secara menyerang segala bentuk pemikiran kufur, pandangan hidup sesat serta menghancurkan semua bentuk kepercayaan (tradisi) jahiliyah.

Dakwah siyasiyyah(politikal) kerana di dalam dakwah ini Baginda mengarahkan umat untuk membentuk suatu kekuatan sebagai pelindung dan pendukung agar Islam menjadi rahmat dan tersebar ke seluruh dunia. 

Dakwah askariyyah (ketenteraan) adalah dakwah yang dilancarkan melalui strategi dan taktik dalam jihad fi sabilillah.

Dakwah Mekah Madinah
•Tahap Pertama adalah Tahap Pembinaan dan Pembentukan manakala Tahap Kedua adalah Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan dan Melakukan Perjuangan untuk membentuk sebuah masyarakat yang baru (dari segi pemikiran dan perbuatan).
•Tahap Pembinaan dan Pembentukan mengajak masyarakat untuk memeluk Islam         dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah
•Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan dan Melakukan Perjuangan
Dari aktiviti dakwah secara sembunyi,Rasullulah menyeru secara langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya.

 a) Dalam masalah aqidah
mengajak manusia untuk memikirkan kejadian alam semesta, agar meninggalkan kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi dan amalkan dalam kehidupan mereka23


b) Dalam Bidang Sosial,
Allah SWT berfirman:
“Apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Dia menyembunyikan diri dari orang ramai kerana buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya dalam tanah. Ketahuilah, alangkah buruknya yang mereka tetapkan itu.”[An Nahl: 58-59]

  c) Dalam Bidang Ekonomi,
  Allah SWT berfirman:
  “Orang-orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak menafkahkannya di jalan Allah, beritahukanlah kepada mereka azab yang amat pedih.”[At Taubah: 34]
24 Dakwah Di Madinah
1. Membangun Masjid
memerintahkan para sahabat membangun Masjid. Rasulullah SAW menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat solat  melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina ukhuwah dan aqidah Islam serta mengatiur berbagai persoalan kaum muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.
2. Membina Ukhuwah Islamiah
Aktiviti selanjutnya yang dilakukan Rasulullah SAW adalah mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin
3. Menyusun Piagam Perjanjian
membuat perjanjian (piagam Madinah). Istilah sekarang disebut Undang-Undang Dasar yang berfungsi sebagai suatu manhaj (jalan atau strategi pengamanan) dalam mengatur atau membuat  batasan-batasan yang menyangkut interaksi antara kabilah-kabilah Yahudi dan kaum muslimin.
25 Pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin
A)Saidina Abu Bakar As-Siddiq
menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat Al-Quran.

B) Saidina Umar ibni al-Khattab

empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur) diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 

C) Saidina Uthman Bin Affan
keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar

D) Saidina Ali bin Abi Talib
menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Kerajaan Bani Ummaiyah

Kegemilangan
Ketenteraan Ekonomi Pendidikan
•aspek ketenteraan 
1.mengemaskini  angkatan tentera mereka mengikut corak gerakan tentera Parsi. Mereka          dibahagikan kepada 5 pasukan iaitu pasukan tengah, pasukan sayap kanan, pasukan sayap kiri,          pasukan hadapan dan pasukan barisan belakang.
2.peralatan perang yang moden
3. terdiri daripada pasukan berkuda, pasukan berkenderaan dan pasukan jalan kaki
4. tentera turut dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas28
•Aspek pendidikan
1) Khalifah-khalifah Bani Umaiyah amat mengambil berat perkembangan pendidikan.
2) kota Basrah telah dijadikan pusat penyebaran ilmu ketika itu
3) Arab telah dijadikan bahasa penghantar utama kerajaan Umaiyah
4) Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja malah ilmu sejarah dan geografi turut ditekankan
5) kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan.
•Aspek ekonomi
1) banyak bergantung kepada pertanian dan perdagangan.
2) saliran air telah dibina bagi memajukan lagi kawasan pertanian serta kajian dan penyelidikan dijalankan untuk memajukan sektor.
3) Jalan dan pelabuhan dibangunkan bagi memajukan sektor perdagangan
4) Pentadbiran baitul mal dikemaskini bagi memantapkan kewangan negara.
29 Kerajaan Bani Abbasiah
•kegemilangan Islam dalam aspek akidah, ilmu pengetahuan, kebudayaan dan sistem kemasyarakatan aspek akidah, 
1) dapat dilihat kepercayaan masyarakat dunia pada masa Itu berubah daripada kepercayaan menyembah berhala seperti majusi yang menyembah api dan soibah yang menyembah  sapi kepada kepercayaan mengesakan Allah SWT. 
2) Masyarakat tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia. 
3) Banyak masjid telah dibina di merata tempat dan telah dijadikan tempat berdakwah, menuntut ilmu dan tempat beribadat.
Aspek ilmu pengetahuan
1) menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah untuk merealisasikan perkembangan ilmu pengetahuan.
2) ilmu-ilmu yang diterokai pada masa itu ialah ilmu al-quran, ilmu hadis, ilmu nahu, geografi, matematik, falak, peribatan, fizik dan falsafah
30 Aspek kebudayaan
1) umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai islam yang bersifat sejagat
2) sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam masih dikekalkan

Aspek kemasyarakatan
1) Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. 
2) Kerajaan Abbasiyah memberi peluang kepada orang bukan arab khususnya orang Parsi untuk memegang jawatan utama dalam negara. 
3) Orang bukan islam juga mendapat layanan yang baik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing.

BIDANG MATEMATIK
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
 Ahli matematik Islam terbaik dan telah memperbaiki trigonometri serta menghasilkan sifir kotangen yang pertama.
 Berjaya menghitung waktu yang digunakan bumi untuk mengelilingi matahari.
 Menulis dalam bidang algebra, aritmetik dan geometri.
 Bapa Algebra, merupakan seorang ahli matematik dan astronomi.
 Banyak karya beliau yang terkenal di Barat,
antaranya :
i)   Mufatih al-Ulum
ii)  Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind
iii) Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah

   Banyak karya-karya para ilmuwan Islam tentang ilmu astronomi telah diterjemahkan oleh beberapa individu kepada bahasa lain seperti:
  i)  karya karangan Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi ( diterjemah kepada bahasa Latin oleh of  
   Bath dan John of Siville).
  ii)  karya al-Battani ( diterjemahkan kepada bahasa Latin oleh Alfonso X).
 Ibn al-Zarqiyali telah berjaya menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari.
BIDANG ASTRONOMI
  Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan.
 Ibn al-Baytaryang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.
- Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah 
BIDANG BOTANI BIDANG FALSAFAH & PEMIKIRAN
 Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu dan akal.
 Ahli falsafah Islam yang terkenal seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Rusyd,Al-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu Maskawaih, dan Ibnu Sina.
 Al-Farabi
 Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan pengembangan zuriat (breeding mechanism).
 Al-Kindi
   Tujuh perkara penting yang dibincangkan:-
a)  Adanya Tuhan menyebabkan adanya alam.
b)  Kegiatan Tuhan berkembang di antara langit dengan bumi.
c) Jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan.
d) Jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya langit, bintang dan planet-planet di angkasa lepas.
e) Jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumi.
f)  Manusia bersifat dualism,kemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat dicapai dalam dunia akal budi keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
g) Orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan kebebasan itu harus memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu tentang alam semesta.
 ♂ Tamadun Islam telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang farmasi. Ia telah memperkenalkan kaedah-kaedah rebusan,pendebuaan,basuhan, campuran,larutan salap,penyulingan,kalsinasi, pensublimatan untuk menyediakan ubat-ubatan.
♂ Tokoh Islam yang penting dalam bidang ini ialah :-
a) Ibnu Sina 
 Merupakan pakar perubatan,sains,falsafah,muzik, matematik,puisi dan kaji bintang.
  Menghasilkan karya Al –Qanun fi al – Tibb.
  Menemui gejala penyakit diabetes.
BIDANG PERUBATAN
b)  Al-Zahrawi
    Antara sumbangan beliau dalam bidang ini ialah sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan.
    Menghasilkan alat-alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga.
   Orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai hemophilia dan menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.

Rabu, 21 Mac 2012

TAMADUN CINA


Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain menyebabkannya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman batu baru) di Yangshoa di provinsi Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium ke-5. Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River), kerana kawasan ini mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai kawasan pertanain dan penempatan. Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery). Adalah dipercayai, bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa Yangshoa. Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambilalih oleh kebudayaan Longshan.

Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2 atau milenium pertama. Pertemuan arkeologi menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju berbanding ketamadunan Yangshoa,di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan berkualiti, kerana dipercayai menggunakan mesin peroda tembikar (potter’s wheel) dalam pengeluarannya.

Dalam tahun 1766SM – 1122SM, gangsa dinilai sebagai simbol elit oleh Dinasti Shang dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting semasa pemerintahannya. Zaman Dinasti Shang memperlihatkan perkembangan tamadun yang lebih komplek dengan pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan wujudnya sistem masyarakat yang berlapis. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He’nan di mana dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang menunjukkan sejarah ketamadunan Dinasti Shang. 


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN CINA 

1. Alam Sekitar

Tempoh Neolitik di negara Cina mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah perkembangan peradaban China. Peradaban Yangshoa yang menjadikan bijirin (milet) sebagai makanan asasi telah menggalakan perkembangan dalam kegiatan pertanian. Tapak peradaban Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanah pasirnya telah dimendapkan oleh angin selama berkurun-kurun lamanya menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. Penemuan benih padi di Lembah Yangzi, di Selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang menunjukkan penanaman padi telah dilakukan secara meluas.

Geografi Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah Padi, yang wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China.

Pada asasnya, bahagian timur China menghadap lautan, bahagain barat-laut direntangi oleh gurun yang luas dan bahagian barat-daya adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet, dataran yang terluas di dunia dengan ketinggian 4000-5000 meter secara purata. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan sungai mengalir ke arah kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya menggalakkan pergerakkan penduduk, terutamnya para petani untuk menetap di bahagian Selatan China. Hasil dari pola pergerakkan ini, perkembangan kebudayaan juga turut beralih ke Selatan China.

2. Bahasa dan sistem tulisan cina

Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan ia masih digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Ini adalah kerana, walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapi hanya satu tulisan bercirikan karektar digunapakai oleh semua rakyat cina. Ini merupakan faktor penting dalam menyatupadukan rakyat cina dan perkembangan tamadunnya.

Karekter yang digunapakai dalam tulisan cina biasanya berdasarkan kepada lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali sabagai Hanzi (tulisan Han), lambang petunjuk (zhishi), lambang petunjuk fikiran (huiyi), dan gabungan bentuk bunyi (xing sheng), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf cina, iaitu ‘mutual semantik transfer’ (zhuanzhu) dan ‘loan character’ (jiajie). Keedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai ‘six principles of writing’ (liushu).

Perkembangan tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain terutamanya si Asia Timur seperti Jepun, Korea dan juga Vietman, yang telah mengadaptasi karekter tulisan cina ke dalam bahasa mereka, walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri.

3. Pembentukan bangsa Tionghoa

China merupakan satu negara yang luas dan besar. Penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa yang pada zaman Neolitik dan zaman batu menduduki tiga kawasan utama, iaitu Utara, Tengah dan Selatan.
Menurut para sarjana Cina, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang, kumpulan Feng-Yang dan kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku kuam bagsa di Selatan China.

Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk kerjasama antara bangsa tersebut. Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur dan tiru-meniru budaya dikalangan bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu).

4. Pandangan semesta dan kepercayaan

Pandangan animisme merupakan pegangan dan kepercayaan penduduk primitif cina di mana pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik dengan bangsa Yangshao dan Longshan lagi. Selain daripada kepercayaan animisme ini, konsep Tian iaitu langit sebagai makluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM).

Tian dalam kontek kepercayaan konfusianisme bermakna prinsip tertinggi dalam alam semesta. Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. Asas utama dalam pengajaran konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai perikemanusian (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu-bapa (xiao). Pujangga agung konfusianisme, Mencius (372 SM –289 SM), berpendapat semasa dilahirkan manusia mempunyai empat sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yu), kesusilaan (li) dan kearifan (zhi).

Dong Zhongshu (179 SM – 104 SM), seorang lagi pujangga konfusianisma di zaman dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang menceritakan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu wujud satu pertalian di antara insan dengan Tian. Kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai menifestasi amarannya.

Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme. Kitap Daoisme dan Yijing menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya. Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao.
  
5. Sistem politik dan pemerintahan

Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada zaman pemerintahan dinasti Qin (221 SM – 209 SM). Antara aliran pemikiran politik yang penting ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Walaubagaimanapun, Legalisme bermula sebelum dinasti Qin, di mana teori dan pelaksanaan konsep Legalisme telah berjaya membawa pembaharuan dalam sistem pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal yang bercirikan pelbagai negeri dan jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commendaries dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik berpusat (centralized bureaucractic government). Sistem in telah menyumbangkan kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan cina.

Pemikiran politik berasaskan Daoisme bertentangan dengan apa yang diterapkan oleh pemikiran Konfusianisme. Daoisme berpendapat bahawa pemerintah tidak perlu menguatkuasa sebarang usaha yang keras (wuwei) dan meneruskan kehidupan secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta.
Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa pusat (shangtong) tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah. Ini adalah kerana ajarannya yang menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan pelantikan pegawai kerajaan berdasarkan kepada kelayakan dan kemampuan (xuan xian yu neng) sukar untuk dilaksanakan.

6. Kemasukan Islam di Cina

Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah AL-Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim. Akibat daripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas maka ini telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada mengekalkan kuasa di Asia Tengah.

 Berikut terdapat beberapa keadaan bagaimana Islam tersebar ke negara China:

i. Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. Nabi telah menyambut baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua daripada pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh, dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja tersebut telah membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam di negeri China. (Jameel Abdullah, present Islamic world, part 2, p.in Saudi Arabia, page. 495, in Arabic).

ii. Semasa di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan, baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeri China pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil daripada lawatan tersebut, maharaja China telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994).

iii. Tentera Islam dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankan penaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Maharaja China memeluk Islam. (Turkestan Timur adalah sebuah negara merdeka sehingga ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759. Pada tahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia di kuasai oleh kerajaan komunis China).

iv. Dalam tahun 757 M. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Maharaja Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Al-Mansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang dikirimkan berjaya dalam misi tersebut. Namun begitu tentera tersebut terus tinggal di negeri China dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ini membantu dalam penyebaran Islam di China. (Abdur-Rauf, 1994).

v. Sesetengah pendakwah ke China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou, dan sebagainya (Abdullah, 1994).

vi. Dalam kurun ke 4 Masehi (10Hijrah), Raja Turkestan Timur memeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan China (Muhyiddin Hasan, 1987).

vii. Bila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di Turkestan Timur memeluk Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam di Turkestan Timur dan China.( Abdur-Rauf, 1994).

viii. Bila Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selesa. (Jameel Abdullah).

Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkat awal :

  1. Zaman Tang berakhir 907 Masehi
  2. Zaman Sung dari 907-1279 Masehi
  3. Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi
  4. Zaman Ming 1368-1644. Masehi
Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan sosial. (Muhyiddin Hasan, 1987).



SUMBANGAN TAMADUN CINA

1. Kesusasteraan dan Kesenian

Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 –1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 – 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya.

Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM – 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM – 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.

Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik.

Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 –1368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan).

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika.

Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.

Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus). 

2. Sains dan teknologi

Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi.

Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.

Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur. Teori ini berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat.


3. Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. 

Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.

Penutup

Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina telah memberi pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.

Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan menyumbangkan empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan tamadun Cina telah awal lebih maju berbanding dengan tamadun lain. Walaupun pada zaman pemerintahan Yong Zheng (1723-1735), dasar isolation telah diperkenalkan, ini tidak memundurkan masyarakat cina. Namun sedikit sebanyak memberi impak kepada kemajuan secara global. Kebangkitan para intelektual Cina setelah China kalah beberapa kali dalam peperangan telah memberi kesan positif kepada pembangunan China.

Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yang dilancarkan oleh para intelektual Cina telah menyedarkan kerajaan China bahawa pembaharuan perlu dilakukan untuk memajukan tamadunnya sendiri. Pegangan konfusianisme semakin terhakis apabila ramai rakyat China diberi pendidikan sekularisme Barat.





Selasa, 20 Mac 2012

Terorisme

               Terorisme (pengganasan) ialah manipulasi ketakutan secara sistematik terutamanya sebagai cara paksaan. Tiada satu takrifan terorisme yang disetujui sejagat. Kebanyakan definisi terorisme yang utama termasuk tindakan-tindakan yang berniat menimbulkan ketakutan, dilakukan demi mencapai matlamat ideologi, dan sengaja menyasarkan atau mengabaikan keselamatan orang bukan penempur.

                Sesetengah definisi pengganasan termasuk tindakan-tindakan mengganas dan berperang yang melampaui batas undang-undang. Sejarah konflik-konflik sedemikian menunjukkan bahawa tanpa kira apa pendirian atau betapa melampaunya, pertubuhan-pertubuhan tidak memilih “terorisme” demi keberkesanan politik; oleh itu, pengganasan juga boleh dilihat sebagai satu bentuk peperangan luar biasa atau perang psikologi. Perkataan “keganasan” atau “terorisme” ini banyak berisi erti politik dan emosi dan sebab inilah begitu susah untuk mencari definisi terorisme yang terpeinci. Satu kajian yang dijalankan Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1998 mendapati lebih 100 definisi perkataan “terorisme” pernah dipakai. Seorang pengamal terorisme dipanggil pengganas.konsep pengganasan itu agak koteroversi kerana sering digunakan oleh kerajaan-kerajaan untuk mengharamkan lawan-lawan politiknya, sekaligus menghalalkan keganasan kerajaan sendiri terhadap lawan-lawan tersebut.

                Pengganasan dijadikan alat untuk mencapai matlamat oleh pelbagai pertubuhan politik; parti politik di kedua-dua haluan kanan dan kiri, serta pertubuhan-pertubuhan nasionalis, keagamaan, revolusioner dan juga pemerintah. Kewujudan penindak bukan negara dalam konflik bersenjata berleluasa juga menimbulkan pertikaian mengenai aplikasi undang-undang peperangan.

                Meskipun tindakan pengganasan merupakan perbuatan jenayah separti yang ditetapkan Resolusi 1373 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dan perundangan tempatan hampir semua  negara di dunia, namun pengganasan memaksudkan fenomena yang merangkumi perbuatan pengganasan itu, orang yang melakukan pengganasan itu sendiri dan tujuan mereka melakukannya. Oleh itu, wujudnya pertikaian mengenai definisi terorisme.

Islamophobia

Islamophobia berasal dari dua istilah yang di cantum iaitu islam dan phobia yang bermaksud sesuatu yang dianggap menakutkan atau tidak selesa di dengar oleh orang-orang bukan islam terhadap agama islam. Terdapat beberapa faktor berlakunya sedemikian ialah:
  • Kekurangan ilmu dan pemahaman tentang islam.
            Hal sebegini sememangnya logik kerana agama orang bukan islam bukannya islam. Jadi sememangnya layak mereka kurang pemahaman tentang islam dan hanya menghukum agama islam itu berdasarkan tindakan dan perlakuan orang islam itu sendiri. Jadi wujudnya islamophobia ini kerana mengikut situasi masa kini banyaknya pertubuhan dan perkumpulan islam yang dilabel sebagai pengganas oleh media masa, meskipun tindakan dan matlamat kumpulan ini sebenarnya adalah untuk mempertahankan diri. Andai kata di buka kembali lembaran sejarah zaman rasullulah kita dapat melihat bahawa semua peperangan yang terjadi adalah disebabkan untuk mempertahankan diri. Mereka tidak tahu bahawa agama islam itu sebenarnya adalah agama rahmat dan kasih sayang.

  • Mereka tidak mendapatkan sumber maklumat yang tepat mengenai islam.



            Kita sememangnya maklum bahawa media masa yang wujud sekarang ini dikuasai oleh orang yang sedang berperang dengan dunia islam. Jadi segala jenis maklumat mestilah memihak kepada kumpulan atau puak mereka bagi mendapatkan sokongan penduduk dunia terhadap tindakan mereka.

  • Label esktrem yang dikenakan ke atas orang-orang islam dari sudut tingkahlaku serta perbuatan mereka.

Kita akui kebanyakan pertubuhan atau kumpulan orang islam itu di labelkan sebagai esktrem. Pada dasar atau hakikatnya bukan semua kumpulan atau pertubuhan boleh di lebalkan sebagai esktrem. Hal ini terjadi kerana orang islam itu sendiri yang telah lari dari landasan ajaran islam itu sendiri. Seperti mana firman Allah dalam al-quran bahawa orang islam itu adalah umat yang pertengahan, iaitu bukan esktrem (pelampau) atau yang liberal. Orang islam adalah orang yang mengimbangi antara dunia dan akhirat.











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...