Isnin, 12 Mac 2012

FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN


 i-Kedudukan yang strategik:

Keadaan muka bumi, sempadan geografi dan kedudukan yang strategik mendorong kepada manusia untuk mengasaskan penempatan dan akhirnya mewujudkan sesebuah tamadun. Cth: tamadun China, tamadun India & tamadun Mesir.

ii-Orientasi Keagamaan & Kerohanian:

  • Elemen keagamaan & kerohanian merupakan kekuatan dalaman manusia untuk mendokong nilai mulia & kebaikan dalam seluruh aspek kehidupan.
  • Masyarakat yg berpegang teguh kepada ajaran agama akan sentiasa memelihara diri mereka daripada perlakuan & budaya songsang yang menyalahi fitrah manusia.
  • Natijah daripada penghayatan keagamaan akan melahirkan individu & masyarakat yang bertanggungjawab, bersatu padu & menjadi rakyat yang menyumbang kepada kepentingan negara.


iii-Rangsangan Ilmu dan Pembudayaan Nilai-Nilai Murni:

  • Ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada makanan jiwa manusia. Menurut (Barry Allen, 2004) dalam penulisannya “Knowledge and Civilization menyatakan bahawa tokoh ilmuan pada zaman silam Socrates, Plato dan Aristotle serta para sarjana dalam zaman pasca modernisme seperti Friedrich Nietzse, Michel Foucault dan Richard Rorty meletakkan ilmu pada kedudukan yang tinggi dalam sesebuah tamadun manusia.
  • lmu menjadi penyuluh kepada manusia untuk memahami kebenaran dan keluar daripada unsur-unsur kejahilan. Oleh itu, penawar kepada kebodohan manusia adalah dengan meneroka cabang bidang ilmu yang ada.
  • Di zaman kegemilangan tamadun Islam, tradisi keilmuan merupakan gelanggang utk para ilmuan dan cendekiawan meneroka sebanyak mungkin cabang ilmu yang ada.
  • Kegemilangan peradaban umat Islam dahulu memperlihatkan bhw pusat-pusat kebudayaan seperti Baghdad, Cordova, Qairawan, Basrah dan Kufah telah mencipta dan mencapai tamadun yang unggul dalam bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu falsafah, perubatan, seni bina, sains teknologi dan sebagainya.
  • Masyarakat pada ketika itu dinaungi dalam lautan keilmuan dan ilmu disusun mengikut bidang disiplin yang tersendiri yang diiktiraf oleh masyarakat dunia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...