Khamis, 26 April 2012

GLOBALISASI

Apakah yang dimaksudkan dengan Globalisasi?


Didefinisikan sebagai peruntuhan pagar-pagar yang memisahkan antara negara sehingga dengan itu mudah berlaku pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai lapangan seperti ilmu,
pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama.

· Globalisasi dalam lapangan ilmu, contoh terbaik ialah dalam bidang perubatan dimana ia adalah satu bidang ilmu yang tidak mengenal batas sempadan. Ilmu-ilmu berkaitan kajian, ubat dan kaedah pengubatan banyak bertukar,berpindah dan dikongsi antara negara dengan negara, termasuklah Malaysia. Bahkan pada masa kini seorang doktor di satu negara boleh mengawasi dan memberi tunjuk ajar secara lintas langsung kepada pembedahan yang sedang dilakukan oleh para doktor di negara yang lain.

·Pemikiran pluralisme yang bermaksud semua agama adalah sama dan benar, pemikiran hak asasi manusia yang menekankan bahawa setiap individu berhak melakukan apa sahaja yang dia kehendaki, pemikiran liberalisme yang bertujuan membuka agama menjadi hamba kepada peradaban semasa dan pemikiran feminisme yang menyuruh wanita menjadi seumpama lelaki tetapi pada waktu yang sama bersaing dan membenci lelaki.

· Globalisasi dalam lapangan ekonomi, seperti masuknya ke Malaysia pasaraya-pasaraya yang besar (Hyper Mart) seperti Makro, Carrefour dan Tesco. Contoh lain ialah usaha pengilangan oleh syarikat-syarikat gergasi antarabangsa kerana mengambil manfaat daripada kos pekerja dan bahan asas yang murah di Malaysia. Dikatakan bahawa lapangan ekonomi merupakan pemain utama dalam era globalisasi masa kini.

· Globalisasi dalam lapangan kebudayaan, seperti masuknya ke Malaysia fesyen memakai subang, rantai dan gelang bagi kaum lelaki dan fesyen menayangkan pusat bagi kaum wanita. Termasuk dalam lapangan kebudayaan ialah pelbagai pertandingan realiti (Akedemi Fantasia) dan festival hiburan (Jom Heboh).

· Globalisasi dalam lapangan agama, sepertimana berkembangnya agama Islam ke pelbagai negara lain, khasnya di benua Amerika, Eropah dan Australia. Pada waktu yang sama agama Kristian juga sedang berkembang luas ke pelbagai negara lain, khasnya negara yang rakyatnya beragama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...