Terorisme (pengganasan) ialah manipulasi ketakutan secara
sistematik terutamanya sebagai cara paksaan. Tiada satu takrifan terorisme yang
disetujui sejagat. Kebanyakan definisi terorisme yang utama termasuk
tindakan-tindakan yang berniat menimbulkan ketakutan, dilakukan demi mencapai
matlamat ideologi, dan sengaja menyasarkan atau mengabaikan keselamatan orang
bukan penempur.
Sesetengah definisi pengganasan termasuk tindakan-tindakan
mengganas dan berperang yang melampaui batas undang-undang. Sejarah
konflik-konflik sedemikian menunjukkan bahawa tanpa kira apa pendirian atau
betapa melampaunya, pertubuhan-pertubuhan tidak memilih “terorisme” demi
keberkesanan politik; oleh itu, pengganasan juga boleh dilihat sebagai satu
bentuk peperangan luar biasa atau perang psikologi. Perkataan “keganasan” atau
“terorisme” ini banyak berisi erti politik dan emosi dan sebab inilah begitu
susah untuk mencari definisi terorisme yang terpeinci. Satu kajian yang
dijalankan Tentera Amerika Syarikat pada tahun 1998 mendapati lebih 100
definisi perkataan “terorisme” pernah dipakai. Seorang pengamal terorisme
dipanggil pengganas.konsep pengganasan itu agak koteroversi kerana sering
digunakan oleh kerajaan-kerajaan untuk mengharamkan lawan-lawan politiknya,
sekaligus menghalalkan keganasan kerajaan sendiri terhadap lawan-lawan
tersebut.
Pengganasan dijadikan alat untuk mencapai matlamat oleh
pelbagai pertubuhan politik; parti politik di kedua-dua haluan kanan dan kiri,
serta pertubuhan-pertubuhan nasionalis, keagamaan, revolusioner dan juga
pemerintah. Kewujudan penindak bukan negara dalam konflik bersenjata berleluasa
juga menimbulkan pertikaian mengenai aplikasi undang-undang peperangan.
Meskipun tindakan pengganasan merupakan perbuatan jenayah
separti yang ditetapkan Resolusi 1373 Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu
dan perundangan tempatan hampir semua negara
di dunia, namun pengganasan memaksudkan fenomena yang merangkumi perbuatan
pengganasan itu, orang yang melakukan pengganasan itu sendiri dan tujuan mereka
melakukannya. Oleh itu, wujudnya pertikaian mengenai definisi terorisme.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan