Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6
Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi
selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria
(Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan
Tamadun Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan
tamadun-tamadun lain menyebabkannya menjadi lebih mampan walaupun pernah
dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam
proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu
tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.
Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan
arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman batu baru) di Yangshoa
di provinsi Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium
ke-5. Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres berhampiran
cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River), kerana kawasan ini
mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai kawasan
pertanain dan penempatan. Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian,
penternakan babi dan mengukir tembikar (painted pottery). Adalah dipercayai,
bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa Yangshoa. Perkembangan
peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara Cina menelan masa
kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambilalih oleh kebudayaan
Longshan.
Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan
zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2 atau milenium pertama.
Pertemuan arkeologi menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi
di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini
lebih maju berbanding ketamadunan Yangshoa,di mana tembikar yang dijumpai
menunjukkan berkualiti, kerana dipercayai menggunakan mesin peroda tembikar
(potter’s wheel) dalam pengeluarannya.
Dalam tahun 1766SM – 1122SM, gangsa dinilai sebagai simbol
elit oleh Dinasti Shang dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli
masyarakat yang penting semasa pemerintahannya. Zaman Dinasti Shang
memperlihatkan perkembangan tamadun yang lebih komplek dengan pembentukan
negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan
wujudnya sistem masyarakat yang berlapis. Peradaban Shang berpusat di bahagian
utara He’nan di mana dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang menunjukkan
sejarah ketamadunan Dinasti Shang.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN CINA
1. Alam Sekitar
Tempoh Neolitik di negara Cina mempunyai kedudukan yang
unggul dalam sejarah perkembangan peradaban China. Peradaban Yangshoa yang
menjadikan bijirin (milet) sebagai makanan asasi telah menggalakan perkembangan
dalam kegiatan pertanian. Tapak peradaban Yangshoa yang terletak di kawasan di
mana tanah pasirnya telah dimendapkan oleh angin selama berkurun-kurun lamanya
menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. Penemuan
benih padi di Lembah Yangzi, di Selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang
menunjukkan penanaman padi telah dilakukan secara meluas.
Geografi Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca
yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan
Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah Padi, yang wujud secara berasingan di
bahagian Utara dan Selatan China.
Pada asasnya, bahagian timur China menghadap lautan,
bahagain barat-laut direntangi oleh gurun yang luas dan bahagian barat-daya
adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet, dataran yang terluas di dunia dengan
ketinggian 4000-5000 meter secara purata. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan
sungai mengalir ke arah kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya menggalakkan
pergerakkan penduduk, terutamnya para petani untuk menetap di bahagian Selatan
China. Hasil dari pola pergerakkan ini, perkembangan kebudayaan juga turut
beralih ke Selatan China.
2. Bahasa dan sistem tulisan cina
Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan
ia masih digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Ini
adalah kerana, walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapi hanya satu
tulisan bercirikan karektar digunapakai oleh semua rakyat cina. Ini merupakan
faktor penting dalam menyatupadukan rakyat cina dan perkembangan tamadunnya.
Karekter yang digunapakai dalam tulisan cina biasanya
berdasarkan kepada lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali sabagai Hanzi
(tulisan Han), lambang petunjuk (zhishi), lambang petunjuk fikiran (huiyi), dan
gabungan bentuk bunyi (xing sheng), bersamaan dua kaedah yang berfungsi
memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf cina, iaitu ‘mutual semantik
transfer’ (zhuanzhu) dan ‘loan character’ (jiajie). Keedah-kaedah tersebut
digolongkan sebagai ‘six principles of writing’ (liushu).
Perkembangan tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa
lain terutamanya si Asia Timur seperti Jepun, Korea dan juga Vietman, yang
telah mengadaptasi karekter tulisan cina ke dalam bahasa mereka, walaupun
mereka mempunyai bahasa sendiri.
3. Pembentukan bangsa Tionghoa
China merupakan satu negara yang luas dan besar. Penduduknya
terdiri daripada pelbagai bangsa yang pada zaman Neolitik dan zaman batu
menduduki tiga kawasan utama, iaitu Utara, Tengah dan Selatan.
Menurut para sarjana Cina, terdapat tiga kumpulan bangsa
yang terbesar iaitu kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan
Huang, kumpulan Feng-Yang dan kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku kuam
bagsa di Selatan China.
Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk
kerjasama antara bangsa tersebut. Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur
dan tiru-meniru budaya dikalangan bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang
kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu).
4. Pandangan semesta dan kepercayaan
Pandangan animisme merupakan pegangan dan kepercayaan
penduduk primitif cina di mana pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang,
sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik dengan
bangsa Yangshao dan Longshan lagi. Selain daripada kepercayaan animisme ini,
konsep Tian iaitu langit sebagai makluk unggul (supreme being) yang menguasai
nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM).
Tian dalam kontek kepercayaan konfusianisme bermakna prinsip
tertinggi dalam alam semesta. Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang
merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik. Asas utama dalam
pengajaran konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya
mengenai perikemanusian (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu-bapa
(xiao). Pujangga agung konfusianisme, Mencius (372 SM –289 SM), berpendapat
semasa dilahirkan manusia mempunyai empat sifat yang baik iaitu perikemanusiaan
(ren), kewajaran (yu), kesusilaan (li) dan kearifan (zhi).
Dong Zhongshu (179 SM – 104 SM), seorang lagi pujangga
konfusianisma di zaman dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang
menceritakan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu wujud
satu pertalian di antara insan dengan Tian. Kesalahan yang dilakukan oleh
kerajaan duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan
luar biasa sebagai menifestasi amarannya.
Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme. Kitap
Daoisme dan Yijing menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya. Kelahiran
sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat
mereka iaitu Dao.
5. Sistem politik dan pemerintahan
Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada
zaman pemerintahan dinasti Qin (221 SM – 209 SM). Antara aliran pemikiran
politik yang penting ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme.
Walaubagaimanapun, Legalisme bermula sebelum dinasti Qin, di mana teori dan
pelaksanaan konsep Legalisme telah berjaya membawa pembaharuan dalam sistem
pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal yang bercirikan
pelbagai negeri dan jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commendaries
dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik berpusat (centralized
bureaucractic government). Sistem in telah menyumbangkan kepada pengekalan
pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan cina.
Pemikiran politik berasaskan Daoisme bertentangan dengan apa
yang diterapkan oleh pemikiran Konfusianisme. Daoisme berpendapat bahawa
pemerintah tidak perlu menguatkuasa sebarang usaha yang keras (wuwei) dan
meneruskan kehidupan secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta.
Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan
penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa pusat (shangtong) tidak
bersesuaian dengan pihak pemerintah. Ini adalah kerana ajarannya yang
menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan pelantikan pegawai kerajaan
berdasarkan kepada kelayakan dan kemampuan (xuan xian yu neng) sukar untuk
dilaksanakan.
6. Kemasukan Islam di Cina
Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah
AL-Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan
Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim.
Akibat daripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai
Talas maka ini telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti
Tang daripada mengekalkan kuasa di Asia Tengah.
Berikut terdapat beberapa keadaan bagaimana Islam tersebar
ke negara China:
i. Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah
menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara
tersebut. Nabi telah menyambut baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua
daripada pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh, dan
hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja tersebut telah
membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam
di negeri China. (Jameel Abdullah, present Islamic world, part 2, p.in Saudi
Arabia, page. 495, in Arabic).
ii. Semasa di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu
Uthman bin Affan, baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeri
China pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja
China. Hasil daripada lawatan tersebut, maharaja China telah mengarahkan
pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali
sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994).
iii. Tentera Islam dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankan
penaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan
menyeru Maharaja China memeluk Islam. (Turkestan Timur adalah sebuah negara
merdeka sehingga ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759. Pada tahun 1876 ia
memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia di kuasai
oleh kerajaan komunis China).
iv. Dalam tahun 757 M. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chen
memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Maharaja Khalifah
Abbasiyah iaitu Khalifah Al-Mansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang
terdiri daripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang
dikirimkan berjaya dalam misi tersebut. Namun begitu tentera tersebut terus
tinggal di negeri China dan berkahwin dengan wanita tempatan. Ini membantu
dalam penyebaran Islam di China. (Abdur-Rauf, 1994).
v. Sesetengah pendakwah ke China melalui laut bersama
pedagang dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou,
dan sebagainya (Abdullah, 1994).
vi. Dalam kurun ke 4 Masehi (10Hijrah), Raja Turkestan Timur
memeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan
China (Muhyiddin Hasan, 1987).
vii. Bila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di
Turkestan Timur memeluk Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam di Turkestan
Timur dan China.( Abdur-Rauf, 1994).
viii. Bila Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan
agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi.
Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selesa. (Jameel
Abdullah).
Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkat awal :
- Zaman Tang berakhir 907 Masehi
- Zaman Sung dari 907-1279 Masehi
- Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi
- Zaman Ming 1368-1644. Masehi
SUMBANGAN TAMADUN CINA
1. Kesusasteraan dan Kesenian
Sejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 –1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644 – 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraan cina dan penyebarannya.
Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi,
prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing
yang mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud
dalam tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman
Musim Bunga Musim Luruh (770 SM – 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa
konfusius (551 SM – 479 SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina
berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan singkat. Puisinya juga
lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi sosial dan politik.
Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa
dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose),
prosa berirama (rhyme prose), rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa
(poetry prose). Prosa klasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera
klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik.
Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti
Yuan (1279 –1368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama
berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada
zaman dinasti Yuan. Drama digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk
meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah seperti drama
Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan).
Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai
daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera
cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama. Drama juga digunakan
oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika.
Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta
keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan seni pembinaan merupakan
kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik klasik cina
adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan
akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah
sesuatu yang berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan
penting pada fahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun
lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan
tamadun India dan Asia Tengah.
Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi
diberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan
dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah
menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyai hubungan
yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada zaman
dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni
lukisan cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand)
dan juga gongbi (menggunakan garis halus).
2. Sains dan teknologi
Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah
wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi
kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai
Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan,
optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang
cina telah mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dengan
terciptanya peralatan astronomi.
Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina
iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik)
yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai
kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan
cina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang, teori
lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan yang menyatakan
keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima
elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan
dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan
luo merupakan asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar
daun moxa) dan akupuntur. Teori ini berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan
dan kaki adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi
(tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada sistem ini akan menyebabkan seseorang
tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu
dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat.
3. Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Cai Lun telah
berjaya membuat kertas dengan menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105.
Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang
(618 –906) di mana buku jingang jing dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu
pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia cina pada kurun
ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan saltpetre dengan sulfur
dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah menggunakannya dalam
peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM) sifat-sifat
magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced
magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban
magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas
oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran.
Penutup
Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya.
Perkembangan tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina
berupaya bersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina telah memberi
pandangan baru kepada tamadun lain. Pegangan konfusianisme telah memberi idea
kepada sesebuah negara agar beretika dalam penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep
konfusianisme yang mementingkan humanisme, humanitaarianisme, intelektualisme
dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan dalam kehidupan harian
manusia.
Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan menyumbangkan
empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan tamadun Cina telah awal lebih maju
berbanding dengan tamadun lain. Walaupun pada zaman pemerintahan Yong Zheng
(1723-1735), dasar isolation telah diperkenalkan, ini tidak memundurkan
masyarakat cina. Namun sedikit sebanyak memberi impak kepada kemajuan secara
global. Kebangkitan para intelektual Cina setelah China kalah beberapa kali
dalam peperangan telah memberi kesan positif kepada pembangunan China.
Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yang dilancarkan oleh para
intelektual Cina telah menyedarkan kerajaan China bahawa pembaharuan perlu
dilakukan untuk memajukan tamadunnya sendiri. Pegangan konfusianisme semakin
terhakis apabila ramai rakyat China diberi pendidikan sekularisme Barat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan