Isnin, 12 Mac 2012

FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN TAMADUN


 i-Kedudukan yang strategik:

Keadaan muka bumi, sempadan geografi dan kedudukan yang strategik mendorong kepada manusia untuk mengasaskan penempatan dan akhirnya mewujudkan sesebuah tamadun. Cth: tamadun China, tamadun India & tamadun Mesir.

ii-Orientasi Keagamaan & Kerohanian:

  • Elemen keagamaan & kerohanian merupakan kekuatan dalaman manusia untuk mendokong nilai mulia & kebaikan dalam seluruh aspek kehidupan.
  • Masyarakat yg berpegang teguh kepada ajaran agama akan sentiasa memelihara diri mereka daripada perlakuan & budaya songsang yang menyalahi fitrah manusia.
  • Natijah daripada penghayatan keagamaan akan melahirkan individu & masyarakat yang bertanggungjawab, bersatu padu & menjadi rakyat yang menyumbang kepada kepentingan negara.


iii-Rangsangan Ilmu dan Pembudayaan Nilai-Nilai Murni:

  • Ilmu pengetahuan merupakan sebahagian daripada makanan jiwa manusia. Menurut (Barry Allen, 2004) dalam penulisannya “Knowledge and Civilization menyatakan bahawa tokoh ilmuan pada zaman silam Socrates, Plato dan Aristotle serta para sarjana dalam zaman pasca modernisme seperti Friedrich Nietzse, Michel Foucault dan Richard Rorty meletakkan ilmu pada kedudukan yang tinggi dalam sesebuah tamadun manusia.
  • lmu menjadi penyuluh kepada manusia untuk memahami kebenaran dan keluar daripada unsur-unsur kejahilan. Oleh itu, penawar kepada kebodohan manusia adalah dengan meneroka cabang bidang ilmu yang ada.
  • Di zaman kegemilangan tamadun Islam, tradisi keilmuan merupakan gelanggang utk para ilmuan dan cendekiawan meneroka sebanyak mungkin cabang ilmu yang ada.
  • Kegemilangan peradaban umat Islam dahulu memperlihatkan bhw pusat-pusat kebudayaan seperti Baghdad, Cordova, Qairawan, Basrah dan Kufah telah mencipta dan mencapai tamadun yang unggul dalam bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu falsafah, perubatan, seni bina, sains teknologi dan sebagainya.
  • Masyarakat pada ketika itu dinaungi dalam lautan keilmuan dan ilmu disusun mengikut bidang disiplin yang tersendiri yang diiktiraf oleh masyarakat dunia.





KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN


Proses kelahiran tamadun berlaku apabila manusia berlumba-berlumba bertindak untuk
 mencari keselesaan dalam kehidupan.

Manusia mula meneroka potensi yang ada pada diri mereka sendiri & mengadaptasi segala
 sumber yang ada untuk kelangsungan hidup & juga generasi mereka akan datang.

Oleh itu mereka sentiasa memperbaiki tahap pencapaian & mencipta organisasi  serta sistem
 pentadbiran yang baik & tersusun.
Peralihan zaman telah memperbaiki bentuk penemuan, kaedah pemikiran & tatacara hidup
 yang lebih baik.

TAMADUN & BUDAYA

Budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah masyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka dalam menguruskan kehidupan secara kolektif.
Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi & kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun.

TAMADUN & AGAMA

Kehidupan yang berbudi pekerti mulia & bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama.
Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang & sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya penting.
Kemunculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta & nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Perkara ini dapat dilihat sendiri kepada peninggalan bangunan & barangan tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.
Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamdun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya.
Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang lalu.

Para sarjana spt D.H.Gordon (1996), Morris Jastrow (1898), Geoffrey W. Conrad dan Arthur
A. Demarest (1984) telah menegaskan bhw agama merupakan sebahagian drp komponen
penting dlm pembentukan tmdun. Agama berfungsi sebagai sumber spiritual yg dpt
merangsang manusia utk bergerak maju ke hdpn.

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyur seperti tamadun Mesir, Cina, Yunani, Islam & lain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyur dengan falsafah & keseniannya, manakala tamadun Islam pula masyur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh disamping perkembangan sains & teknologi. Meskipun terdapat keistimewaan tertentu pada tamadun yang berbeza-beza, kesemua tamadun yang telah muncul mempunyai ciri-ciri dasar yang sejagat seperti berikut:
  • Kewujudan penempatan manusia yang membentuk kota, bandar atau kepolisan. 
  • Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya.
  • Kewujudan sistem organisasi & institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi & pendidikan yang sempurna & teratur.
  • Kemunculan satu bahasa yang serumpun dengan sistem tulisan yang tersendiri.
  • Kewujudan sistem perundangan.
  • Kelahiran & peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi & pembinaan.
  • Kelahiran & perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, seni, sastera & nilai estetika.

Menurut Beatty dan Johnson, 1971 dlm karya mereka “Heritage of Western Civilization”
berpendapat dua ciri utama/asas utama tamadun ialah kehidupan kota dan sistem tulisan

Menurut Redfield, 1957 ciri-ciri tamadun ialah dgn melihat kpd cara hidup sesuatu
masyarakat.
 
Ciri-ciri tamadun secara ringkas menurut (Samuel P. Huntington’s, 1996), (David Sansone,
2004) dan (Peter Baofu, 2006):
i-Kemajuan dalam bidang pertanian. Ia dapat dilihat dengan penggunaan teknologi dan
peralatan yang digunakan bersesuaian dengan taraf hidup masyarakat dan realiti semasa.
  ii-Pengkhususan pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan kepakaran.
iii-Perkembangan negara kota dan kemajuannya dalam pelbagai bidang seperti sistem
 tulisan, sistem pengukuran (timbangan, kalendar dan sebagainya) dan sistem
perbandaran.   
iv-Sistem perairan yang sistematik untuk kegunaan domestik bagi keperluan masyarakat.
v-Sistem agama dan kepercayaan.

TAKRIF TAMADUN


Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan (MATERIAL) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan tamadun selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains & teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini.
Sebenarnya perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan “maddana” dalam bahasa Arab. Maddana yang merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini wujudnya perkataan “madani” yang merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.
Kedua-dua perkataan maddana & madani sendiri sebenarnya berasal daripada “deen” yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
Bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah “hadarah” yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar & perilaku kehidupan yang tinggi. Lain-lain perkataan ialah “civilation” yang dating dari perkataan Latin, “civitas” yang bermaksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya & kemajuan kebendaan.
Berikut adalah istilah-istilah tamadun yang diutarakan oleh para ilmuwan:
1)Ibn Khaldun: menggunakan istilah Umran yang merujuk kpd penempatan yg didiami, tmpt tinggal, subur dan berkembang maju.
2)Sayyid Qutb: segala bentuk kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi & kebudayaan yg berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.
3) Collingwood: tamadun ialah satu proses bg mencapai satu tahap kehidupan yg lebih sempurna ataupun satu proses kearah civil yg mana hasil drpd proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yg mempunyai kehalusan budi. 
4) Arnold Toynbee: tamadun merupakan suatu kehidupan yg unggul yg dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik & pentadbiran yg menjamin kemajuan & keselamatan masyarakat.
5) Edward L. Farmer: tamadun sbg unit budaya yg besar yg mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi & institut yg dikongsi bersama & diwarisi dr generasi ke generasi yg lain.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...